Monday, 19 December 2011

menangis lah jika hati kamu lembut..

Sahabat..
Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?
Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang.Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup. 

Menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya. Bukan semua orang boleh menangis dengan senang-2.. menangis lah seandainya itu boleh membuatkan seseorang itu tenang.. jadi menangis lah!

 p/s : tak salah nak menangis.. orang yang menangis orang yang kuat kan! :)


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Noorul Adilah Bt. Zabidin 19 tahun student :)